Pengguna
  • 7.2
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
Versi terbaru:
54.0.2840.712009-10-16
Muat turun bulan lepas:
30,832,771
Saiz:
0.75 MB
Pembangun:

Pelayar web revolusi Google menawarkan banyak ciri-ciri hebat

Google Chrome sememangnya layak mendapat posisinya sebagai pelayar yang disegani.

Ciri-ciri Chrome yang menyerlah, seperti pengurus muat turun, mod pelayaran samaran dan penyelarasan penanda buku, cukup membuatnya menonjol. Dalam versi 20, ia menambah banyak ciri baru, termasuklah beberapa godekan yang menjadikannya lebih mesra pengguna.

Ciri-ciri baru

Kebolehan membuat carian terus dari bar alamat ialah salah satu kehebatan Google Chrome.. Kini Omnibox, bar alamat Google Chrome, bakal menawarkan anda pelbagai cadangan sambil anda menaip. Bergantung kepada ketepatan hasil yang difikirkannya, Chrome mungkin boleh melakukan pra-pemuatan laman terpilih. Laman popular seperti Facebook dan Twitter pastinya dimuatkan hampir serta merta.

Anda kini juga menerima amaran bila Google Chrome fikir fail yang dimuat turun mengandungi perisian hasad atau sesuatu yang berbahaya kepada PC anda. Ia melakukannya dengan mengesan pelayan pemula muat turun dan membandingkannya dengan laman-laman dalam senarai hitamnya. Sekiranya anda khuatirkan kebersendirian bila Google memperhatikan muat turun yang berpotensi sebagai perisian hasad, anda boleh melumpuhkan ciri ini dalam pilihan keutamaan pelayar anda.

Kemas kini dan godek

Google Chrome memperkenalkan beberapa kemas kini kecil yang direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Pertama, Google Chrome ada zum muka surat yang dipertingkat untuk membuatkannya lebih konsisten dengan pelayar lain - anda kini boleh zum sehingga 500%. Tambahan pula, Pratonton Cetak tidak lagi muncul dalam tab tersendiri tetapi tampil dalam tingkap modal yang boleh dikonfigurasi - ini meningkatkan aliran kerja anda dan membuatkan cetakan lebih pantas. Tab Sejarah Google Chrome juga mengalami reka bentuk semula. Kini ia membenarkan pengguna untuk menapis atau membuang domain tertentu yang tak diinginkan kelihatan.

Terdapat kemas kini untuk enjin JavaScript V8 dan ada lebih dari sedozen pembetulan keselamatan. Ringkasnya, perubahan ini menjadikan pelayaran lebih tangkas - dan penggunaan internet lebih selamat.

Sebagai tambahan, versi 20 menangani kerentanan dengan baik, ini termasuklah tampalan kepada beberapa pepijat berkait keselamatan. Kemas kini terbaru Google Chrome seterusnya membantu pengalaman pelayaran anda lebih selamat.

Sambungan Chrome

Terakhir, tidak kurang pentingnya, terdapat juga perubahan pada sambungan - kini anda bukan sahaja boleh bergantung harap kepada sejumlah sambungan Google Chrome yang menyaingi (dalam banyak kes mengatasi) Firefox, tetapi kepada yang punya kemahiran teknikal boleh mengambil kesempatan dari API yang dipertingkat, jadi sekiranya anda ada idea, lebih mudah untuk membuat sambungan anda sendiri.

Jika anda menimbangkan pertukaran dari pilihan lama seperti Firefox atau Internet Explorer, kami sepenuh hati menyarankan Google Chrome sebagai pelayar masa hadapan!

Google Chrome, pelayar Google, gabungan antara muka yang kemas, juga minimalis dengan aneka perkakasan berkuasa, menjadikannya pelayar unggul.

Bagus
  • Antara muka kemas, menarik
  • Menggunakan pintasan kekunci sama dengan Firefox
  • Mod pelayaran samaran
  • Menyokong sambungan
  • Boleh menyelaraskan data antara komputer berbeza
  • Pra-pemuatan pada bar alamat Omnibox
Tidak bagus
  • Ciri penyelarasan memerlukan akaun Google

Muat turun: Paling Banyak Pelayar web

  1. Google Chrome

    Pelayar web revolusi Google menawarkan banyak ciri-ciri hebat

  2. Internet Explorer 8
  3. Safari
  4. Mozilla Firefox